Wednesday, March 18, 2015

Wanita Dan Hormon

Assalamualaikum...

haa..first time wat  dan tulis blog..testing kater orang..entry kali ni nak cter pasal wanita dan hormon..secara rngkas jela..

Seorang wanita akan sentiasa mengalami perubahan hormon dalam badan mereka. Terdapat 2 hormon penting dalam badan wanita, iaitu estrogen dan progestron. Hormon estrogen adalah untuk mengekalkan sifat kewanitaan seorang wanita, kesihatan jantung, tulang, memori otak, kesuburan dan keanjalan kulit. Begitu juga dengan hormon progestron untuk mengekalkan ciri kewanitaan, ketenangan emosi, antikanser dan menstabilkan air dalam badan. Perubahan hormon berlaku setiap kali berlakunya kitaran haid, mengandung, bersalin dan menopous.

Kaedah perancang keluarga yang berasaskan hormon juga boleh menyebabkan hormon tidak stabil di dalam badan. perubahan hormon boleh menyebabkan seorang wanita itu kerap mengalami masalah mengawal berat badan dan menjurus kepada obesiti. Obesiti adalah virus kepada segala penyakit kronik pada masa kini.

Oleh itu, wanita perlu lebih menjaga kesihatatan dan elakkan berat badan yang berlebihan. Amalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan.

Terdapat beberapa langkah untuk mencegah obesiti:
1. Elak makan secara berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji. Lebihkan pengamblan sumber proten dan sayuran serta makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.

2. Hadkan jumlah makanan dalam pinggan, hadkan nasi segenggam setiap hdangan, hadkan protien sebesar tapak tangan setiap hidangan dan lebihkan sayuran.

3. Kurangkan penggunaan minyak semasa memasak.Gunakan kaedah stim, bakar, kukus atau rebus.

4. Gantikan gula kepada stevia.

5. Amalkan senaman, sekurang-kurangnye 30 minit sehari.

6. Rehat yang cukup.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Scroll To Top