Monday, March 23, 2015

10 TIPS MENJAYAKAN PENUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum... Ape khabar semua..terutamanya ibu menyusu..ibu menyusu perlu jaga emosi kerana emosi yang sihat merupakan milkbooster terbaik dalam dunia penyusuan..arini saya nak kongsikan tips untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu..harap tips ni dapat membantu ibu-ibu diluar sana.. 10 tips penyusuan susu ibu : 1. Kerap Menyusu/Mengepam Ibu disarankan menyusukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada waktu siang. Jika bayi sedang tidur, ibu perlu kejutkan bayi untuk bangun menyusu. Begitu juga dengan aktiviti mengepam, perlu dilakukan setiap 3 jam. Ibu perlu percaya pada konsep supply & demand dimana semakin kerap ibu mengosongkan payudara semakin banyak susu akan dihasilkan. Aktiviti mengepam susu digalakkan kerap dilakukan pada jam 12 malam hingga 6 pagi kerana pada waktu ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. 2. Jangan Tunggu Payudara Penuh Ada sesetengah ibu suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayi perlu disusukan. Itu Tidak Benar!! Ibu perlu yakin bahawa payudara sentiasa mengandung susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan adalah singkat. In bermakna jka ibu menyusu bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi, dia akan memperolehi susu yang tinggi kandungan lemak yang dapat membantu menambah berat badan bayi. 3. Minum Banyak Air Ibu menyusu perlu minum air yang banyak sepanjang tempoh penyusuan mahupun mengepam susu. Ibu perlu minum sekurangnya 3 liter air sehari. 4. Fikir Bayi Fikir Susu Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain,diantara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu dpayudara ibu. Cara ini dapat merangsang pengeluaran susu yang banyak. 5. Berdisiplin Ibu perlu berdisiplin ketka mengepam susu. Jangan sesekali 'ponteng' sesi mengepam dan jangan skip mengepam walaupun pada hari minggu. Hujung minggu peluang untuk ibu mengumpul stok ibu. 6. Tendum Pumping Latih diri ibu-ibu untuk menyusu dan pada masa yang sama mengepam susu serentak menggunakan pam. Disamping anak menyusu, ibu dapat membuat stok susu. 7. Teknik Marmet Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana teknik ini terbukti boleh menghasilkan lebh banyak susu. Teknik ini dapat mengoptimumkan pengumpulan susu sehngga 100%. Selepas pam menggunakan pam teruskan dengan perahan guna tangan. 8. Menyusu/Mengepam Lebih Lama Jangan hadkan masa menyusu bayi disebelah payudara saja mahupun semasa mengepam. Biarkan bayi menyusu sebelah bahagian sehngga puas sebelum menawarkan menyusu di bahagian sebelah lagi. Ini peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi. 9. Penyusuan Malam Amalam menyusukan bayi pada waktu malam sangat bagus kerana a merangsang penngkatan susu. Ini kerana d waktu malam, ibu berdua lebih tenang dan relax lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktn yang memainkan peranan dalam pengeluaran susu. 10. Urutan Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalr dengan lancar. Apatah lag sewaktu ibu mengalami bengkak susu atau sakit puting. ***pengambilan vitamin juga sangat membantu dalam pengeluaran susu..saya sarankan ibu menyusu mengambil mlkbooster dari shaklee kerana ia amat membantu dalam pengeluaran susu ibu..
Share:

Wednesday, March 18, 2015

Wanita Dan Hormon

Assalamualaikum...

haa..first time wat  dan tulis blog..testing kater orang..entry kali ni nak cter pasal wanita dan hormon..secara rngkas jela..

Seorang wanita akan sentiasa mengalami perubahan hormon dalam badan mereka. Terdapat 2 hormon penting dalam badan wanita, iaitu estrogen dan progestron. Hormon estrogen adalah untuk mengekalkan sifat kewanitaan seorang wanita, kesihatan jantung, tulang, memori otak, kesuburan dan keanjalan kulit. Begitu juga dengan hormon progestron untuk mengekalkan ciri kewanitaan, ketenangan emosi, antikanser dan menstabilkan air dalam badan. Perubahan hormon berlaku setiap kali berlakunya kitaran haid, mengandung, bersalin dan menopous.

Kaedah perancang keluarga yang berasaskan hormon juga boleh menyebabkan hormon tidak stabil di dalam badan. perubahan hormon boleh menyebabkan seorang wanita itu kerap mengalami masalah mengawal berat badan dan menjurus kepada obesiti. Obesiti adalah virus kepada segala penyakit kronik pada masa kini.

Oleh itu, wanita perlu lebih menjaga kesihatatan dan elakkan berat badan yang berlebihan. Amalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan.

Terdapat beberapa langkah untuk mencegah obesiti:
1. Elak makan secara berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji. Lebihkan pengamblan sumber proten dan sayuran serta makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.

2. Hadkan jumlah makanan dalam pinggan, hadkan nasi segenggam setiap hdangan, hadkan protien sebesar tapak tangan setiap hidangan dan lebihkan sayuran.

3. Kurangkan penggunaan minyak semasa memasak.Gunakan kaedah stim, bakar, kukus atau rebus.

4. Gantikan gula kepada stevia.

5. Amalkan senaman, sekurang-kurangnye 30 minit sehari.

6. Rehat yang cukup.


Share:
Scroll To Top